Dah bertahun tak menulis di blog ini. Tetapi entah la, kenapa malam ni teringin pulak nak tulis. Isu yang nak diketengahkan ialah isu murtad. Di dalam internet, rupanya ramai orang Melayu di Malaysia mahu pun di Singapura yang telah murtad. Bukan puluhan, ratusan tapi ribuan. Kenapa mereka murtad yer? Ada jugak yang mempunyai tahap pendidikan agama yang tinggi, hinggakan surah Yasin pun dah hafal. Sedangkan aku hanya insan biasa, pendidikan agama pun melalui tunjuk ajar para ustaz dan ustazah di sekolah, maktab dan universiti. Nak kata hafal surah Yasin, tak la hafal, tapi boleh la sambung ayat jika dibaca.
Pada pendapat aku la, ada yang murtad sebab dah bosan jadi Melayu (untuk kes di Malaysia/Singapura). Melayu yang kuat berpegang pada adat dan agama. Mereka ingin menjadi bebas seperti burung, hidup tanpa aturan. Walaupun aku bukan dikategorikan sebagai seorang yang alim taraf ustaz sekalipun, aku tetap menyatakan bahawa agama adalah faktor nombor satu dalam kehidupan. Agama adalah hierarki teratas dalam teras kehidupan, barulah diikuti dengan adat melayu.
Kedua, tahap pengetahuan agama yang cetek. Sama ada agama Islam atau agama bukan Islam. Kita sangat perlu mendalami agama Islam disamping mengetahui agama bukan Islam. Di dalam blog aku ni, aku tak spesifikkan agama bukan Islam mana yang aku tujukan kerana kurang baik dinyatakan di dalam blog terbuka seperti ini, lagipun aku ni kakitangan kerajaan, terikat dengan peraturan. Jadi lebih elok aku nyatakan secara umum sahaja. Di negara Timur Tengah, pengajian agama bukan Islam dipelajari supaya kita dapat mengetahui apa yang sepatutnya kita tidak perlu percaya tentang teologi mereka. Inilah ilmu usuluddin. Aku sendiri mempunyai rujukan-rujukan yang cukup banyak mengenai agama-agama bukan Islam ini. Selepas aku mengkaji dan mendalami ilmu-ilmu ini, aku rasa sangat bersyukur dan aku rasa sangat selamat dan aman berada dalam agama yang aku cintai iaitu agama Islam yang diredhai Allah.
Ketiga, ada juga yang mempunyai pengetahuan agama Islam yang tinggi tetapi tertipu dengan hasutan syaitan. Syaitan dan Iblis lagilah kuat menghasut orang-orang yang alim ini. Banyak klip-klip video yang boleh ditonton di YouTube berkenaan dengan orang-orang yang berpengetahuan tinggi dalam agama Islam tetapi akhirnya murtad. Aku sendiri pun tak faham. Penghayatan tentang Islam disanggahi dalam hati. Masya Allah, setelah Allah memberi hidayah, dibuang hidayah itu macam membuang sampah di tepi jalan.
Orang-orang yang murtad ini berasa bangga dengan kemurtadan mereka. Aku tak lihat seorang pun yang murtad menjadi lebih baik dalam kehidupannya. Malahan setakat membanggakan kehidupan liberal dan bebas mereka bukanlah satu kepuasan yang abadi. Mengecap kebahagiaan melalui cara keluar dari Islam. Bodoh dan bangang namanya. Mencari kebahagiaan banyak caranya. Bukan setakat bebas minum arak, seks bebas, parti sosial, bebas bercakap, bergaul bebas, dadah, hidup tanpa peraturan, inikah yang dinamakan kepuasan hidup? Kalau macam ni dinamakan kepuasan hidup, binatang pun boleh. Allah memberi peraturan sebab nak bezakan kita dari binatang. Allah bagi Islam sebab nak sempurnakan tujuan kita di dalam dunia ini untuk menuju ke akhirat.
Aku sekali lagi mengakui aku bukanlah ulamak, bukan ustaz, atau bukan seorang yang alim, aku hanya sekadar manusia biasa. Tetapi sejahat-jahat diriku, sebanyak mana dosa yang aku pikul, aku tak tergamak meninggalkan Islam sebagai agama sebelum aku dilahirkan, selepas aku dilahirkan, semasa aku hidup, semasa aku mati dan agama semasa aku dibangkitkan hidup kembali. Amin.
1 comment:
午夜聊天室 , 成人午夜聊天 , 三色午夜秀 , 裸聊女qq号 , 午夜秀聊天室 , 寂寞聊天室 , 真人视频聊天室 , 台湾视讯聊天交友 , 主播聊天室 , 视频聊
Post a Comment