Thursday, November 19, 2009

Final Examination Form 4KM1 and 4PD3


4KM1 2009 MATEMATIK TAMBAHAN (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009)
1 ABDUL HAKIM 28 9G
2 ABDUL RAHIM 40 8E
3 AHMAD RAFIUDDIN 40 8E
4 AMINURASYID 17 9G
5 FATIN NABILA 22 9G
6 KAMAL AZMAN 35 9G
7 MIMI MARIAZAH 36 9G
8 MOHAMAD HAFIS 37 9G
9 MOHD IZZUDDIN 20 9G
10 MOHD SHALIHIN 20 9G
11 MUHAMAD AMIRUL ARIFF 53 6C
12 MUHAMMAD ASFAR 20 9G
13 MUHAMMAD AZMI 25 9G
14 MUHAMMAD DIFRIZUL 34 9G
15 MUHAMMAD HAZIM 18 9G
16 MUHAMMAD NADZIFFUDIN 41 8E
17 MUHAMMAD NORHAFIZE HISYAM 11 9G
18 MUHAMMAD SYAFIQ 16 9G
19 NAJAH SYAHIRAH 49 7D
20 NOR LIYANA 13 9G
21 NORAZAH 24 9G
22 NUR KHALIDAH 17 9G
23 SAIFUDDIN 33 9G
24 SAIFUL 25 9G
25 SYARIF HIDAYATULLAH 3 9G
26 ZAINI 60 4B
27 ZULHADI 26 9G

4KM1 2009 MATEMATIK (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009)
1 ABDUL HAKIM 59 5C
2 ABDUL RAHIM 73 2A
3 AHMAD RAFIUDDIN 81 1A
4 AMINURASYID 60 4B
5 FATIN NABILA 48 7D
6 KAMAL AZMAN 70 2A
7 MIMI MARIAZAH 80 1A
8 MOHAMAD HAFIS 69 3B
9 MOHD IZZUDDIN 44 8E
10 MOHD SHALIHIN 55 5C
11 MUHAMAD AMIRUL ARIFF 89 1A
12 MUHAMMAD ASFAR 59 5C
13 MUHAMMAD AZMI 70 2A
14 MUHAMMAD DIFRIZUL 69 3B
15 MUHAMMAD HAZIM 68 3B
16 MUHAMMAD NADZIFFUDIN 64 4B
17 MUHAMMAD NORHAFIZE HISYAM 41 8E
18 MUHAMMAD SYAFIQ 55 5C
19 NAJAH SYAHIRAH 68 3B
20 NOR LIYANA 49 7D
21 NORAZAH 57 5C
22 NUR KHALIDAH 52 6C
23 SAIFUDDIN 65 3B
24 SAIFUL 59 5C
25 SYARIF HIDAYATULLAH 33 9G
26 ZAINI 77 2A
27 ZULHADI 73 2A

4PD3 2009 MATEMATIK TAMBAHAN (PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2009)
1 ADILAH 35 9G
2 ALI 24 9G
3 ANIS SHAHIDA 29 9G
4 AZRUL HADI 38 9G
5 FATIN IZZATI 31 9G
6 MEGA WATI 19 9G
7 MIRAWATI 37 9G
8 MUHAMMAD NIZAR SYAZWAN 6 9G
9 MUHAMMAD ZAKI 22 9G
10 NABILA 56 5C
11 NOR ZALINA 26 9G
12 NORADILAH AIZA 6 9G
13 NORAINN 17 9G
14 NORAZEAN 20 9G
15 NORFARHANA 73 2A
16 NUR HANISAH 60 4B
17 NUR SAKINAH 30 9G
18 NUR SHAFIKAH 24 9G
19 NURFARSEHA 46 7D
20 NURSYAFIQAH EZZATI 21 9G
21 NURUL HIDAYAH 12 9G
22 NURUL IZZATI 48 7D
23 NURUL SYAHIRAH 29 9G
24 SITI ZURAIDAH 17 9G
25 SRY WAHYUNI 20 9G

Monday, September 28, 2009

Malam yang Sepi

8.45pm
Aku baru nak sentuh paper add math aku. So, aku baru menanda Paper 1 Add Math kelas 5KE1, nasib baik tahun ni hanya ada satu kelas jer. Lagipun hanya tinggal 15 transkrip lagi. Lagi 16 transkrip dah tanda sebelum cuti raya. Sambil2 menanda, layan SMS dgn "si dia".

11.00pm
Solat Isyak jap...ada lagi 5 transkrip...

11.10pm
Tetiba hati ni tergerak nak ke Blok E. Sebelum ke Blok E, singgah sat kat Blok D, pesan kat Saufeq (Ketua Blok Dedikasi-KBD) supaya make sure blok form 4 ni tak bising selepas jam 11.30pm

11.15pm
Bebudak form 5 kat Blok E dah nampak aku nak naik blok, cepat-cepat depa lari, mungkin depa tak dpt nak hisap rokok sebab aku mai jengah depa. Bukan apa, tiba-tiba rindu plak kat bebudak ni, maklumlah, seminggu sunyi sepi asrama ni tanpa riuh-rendah depa. Panggil Daniel nak bincang pasal gitar, dia dah tidoq (aku tak percaya sebenarnya dia dah tidoq, buat-buat percaya jer). Aku ingat nak buat jamuan akhir tahun blok ada la skit-skit persembahan gitar, lagipun aku dah SMS Daniel, tp takda respon plak. Selalunya dia la yang pandai main gitar.

11.20pm
Then aku arahkan bebudak ni kemas bilik prep, susun kasut depan dorm, bersihkan bilik dobi Aras 4 yang ada rambut bersepah-sepah. Kambing betol! Rupanya rambut si Katek...cisssss!!!

11.30pm
Then aku bawak la 5 transkrip lagi untuk ditanda. Aku tanda slow-slow. Markah semua hampeh-hampeh. Sampaikan aku rasa, adakah aku tak pandai mengajar atau mereka yang bengap?? Aku dah cuba sedaya upaya aku untuk bagi depa faham dengan Add Math mahu pun Moden Math nie..tapi sama jer...Kelas tambahan malam puas aku buat...output tetap sama...maybe aku yang tak pandai mengajar kot...hurmmmm...mereka perlu guru lain kot untuk ajar Add Math nie..

Tup tup..yang datang jumpa aku kat Bilik Prep E2 si Raja dengan Nek...mereka tengok aku menanda. Sebenarnya aku nak dengar bebudak ni tanya kabar aku ker, cakap Selamat Hari Raya ke, jumpa aku kejap ker. Tak nampak pun muka Ammar, Afzal, Kecik, Afiq, Fazly KA, Zaid, Katon...Terasa gak la, bebudak yang aku anggap rapat, tapi tak rupanya. Siap menanda, aku pun turun dengan rasa hampeh skali dengan Blok E...malas nak tanya kbr bebudak ni lagi...memang touching la!

11.55pm
Tengok jap HBO, citer Twister...kejap jer tengok, then naik atas, naik bilik, bukak laptop ni, bukak FB, layan Kungfu Pets kat FB, layan comments. Tetiba layan plak comment Ketua Aspuri 2006, Atiqah. Dah belajar kat Universiti Malaysia Sabah pun..alhamdulillah...

Refleksi RAYA tahun ni:

Family Sebelah Ayah : Raya yang paling meriah sekali, hampir semua sepupu ada, dapat jumpa dengan keluarga Pak Ngah, arwah Pak Long, keluarga Tok Chik, keluarga Uchu, keluarga Leen...memang meriah.

Family Sebelah Mak: Inilah raya terakhir aku dengan mereka. Tak kan aku jejak lagi kaki aku ke Kg Istana, Batu Pahat walaupun nenek aku meninggal dunia...(I will story its later).

Batch 2005: Wow....wonderful! Ramai yang dtg! Epy, Syafiq Rosli, Appai, Firasat, Hazli, Din, Akmal Jamil, Saiful Bahri, Apo, Azlan KA, Shahir Ustaz, Ached, Hisyamuddin, Haziq Kader, dan beberapa lagi yang aku lupa. Mmg happening...Malam tu gie karaoke kat DIVA dengan Epy, Teha, Syafiq Rosli, Apo, Hazli, Ached, Azlan KA dgn Hisyamuddin. Sedangkan ramai di antara bebudak ni yang nakal-nakal tapi masih ingat kat aku.

Batch 2008: Pun ramai yang dtg..lagi ramai...Bob, Halim, Waha, Iqbal, Yazid, Syazwan, Zahin, Asyraf Hisyamuddin, Syarina, Farouq, Ilya Afiq, Anis Raihan, Fifa, Ghazali, Khalis, Sheikh Telor, Syafiq Kudus, Pinky, So'od Sr., Alif Panjang, Halif Pendek, Azim, dan beberapa orang lagi yang aku terlupa nama mereka...sorry. Anyway thanks kerana sudi beraya kat rumah Cikgu yang kecik ni...

Batch 2006 & 2007: Oh, bebudak batch ni dah berjaya dalam hidup, dah tak perlu apa-apa pertolongan mahu pun sokongan. Dah boleh berdiri dengan kaki sendiri. No need teacher...dah independance (or independent). Budak-budak yang kerap datang pada raya yang dulu-dulu pun dah tak perlu lagi jumpa Cikgu. Alhamdulillah, semoga bebudak ni akan merdeka, merdeka dan merdeka serta meneruskan berdiri atas kaki sendiri. Cikgu bangga dengan sifat terkini kamu ini, teruskan untuk tahun-tahun mendatang yer..takpe takpe, Cikgu tak anggap pun kacang lupakan kulit...kerana kacang perlukan kemerdekaan sebenarnya..

Batch 2009/2010: No komen, sebab tengah belajar sekarang. Tapi batch 2009 maybe akan jadi seperti batch 2006 dan 2007...alhamdulillah...

MAAF ZAHIR DAN BATIN....good night! oyasuminasai! buenas tardes!

Saturday, September 26, 2009

Aksi-aksi Malam Raya Kedua











Malam Raya Kedua

Setelah puas beraya sehingga ke Semenyih, kami (keluarga aku dan keluarga Pak Ngah) terus balik ke Taman Sri Serdang. Penat sungguh hari tu. Tak puas tidur rasanya. Then, malam tu, Fauziana dengan kereta MyV putih barunya yang tak sampai tiga hari dimiliki, datang dengan Mak Long Jah, Aween, Amin dan Adha. Malam tu memang meriah, tak pernah aku rasa sebelum ini, ketiga-tiga keluarga ini berkumpul macam ni. Sebelum ini, keluarga Mak Long Jah tiada kereta. Alhamdulillah sejak Fauziana telah memiliki kereta sendiri, barulah Mak Long Jah sekeluarga dapat bergerak dengan senang.

Malam tu, kami sepupu-sepupu yang dah besor sikit, merancang untuk tengok wayang citer Tsunami, cerita Korea. Aku, adik laki aku, adik perempuan aku, Nadia, Nabila, Fauziana, Hezreen dan Muazin. Late night movie, tetapi hampeh. Tiket di Mines Shopping Complex hanya tinggal seat yang bersepah-sepah, bukannya dapat 8 sebaris. Nak tak nak, kami tengok la cerita Momok. Cerita hantu yang lawak la jugak. Aku bagi 2 setengah bintang jer. Nie review citer Momok:

Adli who works in Terengganu goes back to his village in Temerloh and comes across a strange event where the people carrying a coffin during a funeral procession heading towards a cemetery, suddenly transforms into zombies. That night after prayers, he and his friends began talking about the signs and incidents that he experienced, which are believed show that something bad is going to happen.

Interestingly, the storyline of this horror comedy bears a resemblance to Professor Madya A.Razak Mohaideen's horror "Skrip 7707" - both containing numerous ghost stories in a film. "Momok The Movie" starts off with Adlin (Faizal Ramli) who returns to his hometown to spend some time with his best friend, Kadir (Abon) at Warung Pak Ajis (Datuk Aziz Sattar). While they were there, their conversation slowly shifts to the topic of the horror stories they've been hearing recently.As many as six ghost stories are combined in this film, which can be identified as 'Pontianak', 'Pocong', 'Orang
Bunian', 'Badi Mayat', 'Mayat Hidup Dilangkah Kucing Hitam' and 'Sampuk'. Unfortunately, filmmaker M. Jamil fails to present it well, despite an interesting concept. It soon came across as a sort of director's own self-amusement type film, according to this reviewer. The comedic elements also didn't quite capture the essence of humour, seemingly coming across as trying too hard. However, the funny scene was saved by Nabil, famously known in the reality TV series "Raja Lawak" as he gave a very natural and spontaneous performance. His ability to crack jokes is
effortless and a big credit should do to him.In terms of the cast's performances, Faizal Ramli looked very stiff and not at ease in front of the camera, despite being the main character. However, a few more actors also had the same problem such as Hanis Zalikha and Mama Rina, as they only seemed to say out their lines minus the emotion. On the other hand, Abon played out his role much better this time after being in the movie industry for many years now.The make-up on the ghosts could've been better and the background songs failed to arouse any thrill or excitement. Regardless
of that, for those who enjoy horror comedies, you can catch it with your family and friends during this Hari Raya festivity!

Friday, September 25, 2009

Gambar Raya

Nie la nenek aku, Saniah Bte Haji Thambi

Dari kiri: Muazin, Sham mendukung anaknya Iman, dan Hezreen

Dari kiri: Sham, Nabila dan Hezreen

Adik perempuan aku dan adik lelaki aku

Aku dengan Iman

Dari kiri: Nabila, Shazira (anak Sham/Leen), Leen, Nadia dan adik perempuanku

Dari kiri: Aku, Hezreen dan adik lelakiku

Sepupu-sepupu dan adik-adik aku di rumah arwah Pak Long

Semoga hubungan kami semakin rapat antara satu sama lain

Aku dengan Fauziana

Dari kiri: Muazin, Nabila, Leen, adik perempuanku, Nadia dan Hezreen

Hari Raya Aidilfitri (Sebelah Ayah)

Assalamualaikum w.r.b.t

Hampir dua bulan aku menyepikan diri dari dunia blog ini. Maklumlah, kerja bertimbun, tambahan pula takde mood nak berkarya di blog ini. Insya-Allah aku cuba sedaya upaya untuk menulis di blog ini sekerap mungkin.

Kali ni aku nak bercerita tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri di sebelah rumah ayah aku. Sebenarnya, aku adalah insan yang tak suka berhari-raya. Bagi aku, Ramadan adalah bulan yang sangat meriah berbanding Syawal. Hari Raya seperti mengundang pelbagai masalah dalam kewangan hidup aku. Kena beli baju baru la, kena beli kuih-muih, kena reserve duit raya untuk budak-budak, kena spend untuk makanan la, dan macam-macam lagi yang memeningkan kepala aku. Walaupun aku hanya kakitangan kerajaan yang hidup dalam keadaan sederhana tetapi beban kewangan ini tetap memeningkan kepala aku.

Ini mungkin disebabkan budaya masyarakat Melayu kita yang suka beraya secara berlebihan, kekadang melebihi sebulan Syawal, berganjak ke bulan Zulkaedah. Iye, ini memang benar terjadi, aku sendiri lihat sambutan Hari Raya ada terganjak sampai ke bulan Zulkaedah di suatu tempat di Selangor suatu ketika dulu. Sangat menjelekkan!

Sambutan rumah terbuka ada baiknya, tetapi ada orang yang membuat sambutan rumah terbuka kerana sifat riak dan ingin menunjuk-nunjuk bahawa kononnya dia mampu untuk membuat rumah terbuka walaupun mungkin bekerja sebagai "orang-orang biasa" sahaja. Kononnya, orang yang sederhana macam guru ni pun tak mampu buat rumah terbuka. Akanlah kami nak canangkan ke mana gaji kami dibelanjakan, akan lah satu dunia nak tahu sejarah hidup kita.

Lagi satu yang sangat aku menyampah ialah budaya mintak duit raya di kalangan budak-budak. Sepatutnya, dalam bulan Ramadan la kita kena banyak sedekah, bukannya bulan Syawal. Kenapa kita mesti ikut budaya orang lain. Ada ibubapa yang membiarkan anak beraya dari rumah ke rumah. Tidakkah mereka terfikir bahawa kes-kes culik sudah berleluasa di dalam negara kita. Tidakkah ibubapa ini memikirkan keselamatan anak-anak mereka? Itu belum dikira keselamatan di jalan raya. Anak-anak di kampung, dibiarkan menunggang motorsikal tanpa rasa tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya yang berhemah. Pokok pangkal, bagi aku, kesalahan yang utama juga terletak pada sikap ibubapa yang sambil lewa menjaga anak-anak mereka.

Lagi satu ialah keghairahan bermain mercun sehingga putus jari. Budaya main mercun yang diasimilasikan dari budaya orang lain menjadi elemen dalam sambutan Hari Raya masyarakat Melayu Malaysia. Kaum lain yang merayakan perayaan mereka dengan mercun pun belum pernah kita dengar putus jari, kudung tangan dengan bermain mercun. Tetapi kenapa masalah ini berlaku di kalangan anak-anak Melayu? Ke mana sikap dan keprihatinan ibubapa Melayu terhadap anak-anak mereka?

Inilah yang menyebabkan aku jelek dengan sambutan Hari Raya di Malaysia. Di Arab Saudi, yang kononnya bermazhab Wahabi, merayakan hanya dalam jangka masa tiga hari sahaja, selepas itu, kehidupan adalah seperti biasa. Masyarakat Malaysia telah dididik dengan kemewahan yang melampau, bukan lagi dengan kesederhanaan yang diamalkan oleh agama. Raya melebihi sebulan!

Tetapi pada tahun ini, ada sedikit perubahan di dalam pandangan negatif aku tentang Hari Raya. Kasih-sayang kekeluargaan adalah elemen penting dalam kemeriahan sambutan Hari Raya aku pada tahun ini. Inilah Hari Raya yang paling baik seumur hidup aku bersama-sama keluarga sebelah ayah aku.

Pada mulanya aku keberatan untuk balik ke Taman Sri Serdang, di mana nenek aku yang aku panggil Atok, tinggal dengan sepupuku yang bernama Sham dan isteri serta dua orang anak mereka. Een adik kepada Sham jugak tinggal sama di rumah yang tidak seberapa besar itu. Pak Ngah aku bersama dengan isteri (Mak Ngah) tinggal di rumah yang tidak berapa jauh dari rumah Sham.

Atok (nenek) aku berkahwin dengan arwah Tok Wan aku bernama Shamsuddin. Arwah Tok Wan pernah bekerja sebagai polis, di merata tempat di Semenanjung Malaysia ini. Jadi, keluarga ini sering berpindah-randah. Atok dan Tok Wan dikurniakan dengan tiga orang anak, yang boleh dikatakan TIGA ABDUL. Yang sulong arwah Pak Long bernama Abdul Halim, yang kedua Pak Ngah yang bernama Abdul Malek dan yang ketiga ialah ayah aku bernama Abdul Aziz. Tok Wan berasal dari negeri Kedah, dan katanya berketurunan Acheh. Atok iaitu nenek aku pula berasal dari Melaka berdarah campuran Pakistan (moyang lelaki-Haji Thambi) dan orang Melaka (moyang perempuan) kot.

Arwah Pak Long berkahwin dengan Mak Long Jah dan dikurniakan 7 orang anak. Mereka terdiri dari Farid (26 tahun), Fauziana (25 tahun), Fadil (24 tahun), Faiz (22 tahun), Aween (15 tahun), Amin (11 tahun) dan Adha (9 tahun). Mereka semua tinggal di Semenyih, Selangor. Arwah Pak Long telah meninggal dunia semasa Adha masih bayi lagi iaitu 9 tahun yang lalu. Farid mahir dalam bidang welding. Fauziana yang mempunyai ijazah sarjana muda Bioteknologi bekerja di Menara Petronas Tingkat 18 kalau tak silap aku. Fadil kurang sihat manakala aku tak berkesempatan berjumpa dengan Faiz kerana dia keluar beraya dengan kawan-kawannya ketika itu. Aween sepupu yang aku sayang sekali di sebelah anak-anak arwah Pak Long telah aku ajak untuk bersekolah di tempat aku mengajar ini pada tahun hadapan. Amin dan Adha masih bersekolah rendah. Tetapi bila aku pandang Adha, rasa nak menangis pun ada, sebab dia tak berkesempatan untuk merasa kasih-sayang seorang ayah. Pernah suatu ketika dulu, semasa Adha masih kecil, dia ada memanggil Pak Ngah aku sebagai "ayah", tak bercucuran air mata kami yang berada di situ. Sejak kecil terutama Awen, Amin dan Adha telah menjadi anak yatim. Sekurang-kurangnya Farid, Fauziana, Fadil dan Faiz pernah merasa kasih-sayang seorang ayah sewaktu mereka kecil tetapi tidak bagi Awen, Amin dan Adha.

Pak Ngah aku mempunyai 7 orang anak juga. Dari mantan isteri yang pertama, lahirlah Kak Netty (32 tahun), Sham (31 tahun), Anis (29 tahun) dan Hezreen (27 tahun). Mantan isteri yang pertama aku panggil Mak Ngah Mila tinggal di Felda Cahaya Baru di Pasir Gudang bersama-sama Anis dan suaminya. Anis mempunyai sarjana muda Perbankan dari UiTM Segamat kalau tak silap aku bekerja di PNB di Johor Bahru. Suaminya bekerja di TNB Johor Bahru. Mereka dikurnaikan seorang anak. Kak Netty, cucu sulong Atok telah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Sejak semuanya berkahwin, kami kurang rapat disebabkan komitmen pada suami masing-masing. Sham yang tinggal dengan Atok aku berkahwin dengan Leen, dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Shazira dan anak lelaki iaitu Iman. Dua-dua aku sayang, tapi yang paling sayang mestilah Iman sebab Iman sangat naughty dan aktif. Inilah anak sedara sepupu yang rapat dengan aku. Mereka membahasakan diri aku sebagai "Ayah Long". Hezreen sepupu aku yang paling hensem la dalam semua cucu-cucu Atok adalah anak keempat Pak Ngah. Boleh jadi model, tapi dia tak nak. Hezreen kami panggil sebagai Een sahaja.

Anak-anak Pak Ngah dari Mak Ngah Fauziah ialah Muazin (21 tahun), Nabila (20 tahun) dan Nadia (19 tahun). Muazin belajar di Universiti Tun Hussein Onn di Batu Pahat, semester 3, bidang Construction Management, Nabila belajar di politeknik (tak sure kat mana) dan Nadia bekerja di syarikat Avon di Serdang. Pak Ngah aku orang kuat PKR. Aku dan ayah aku orang kuat UMNO. Kekadang kelakar jugak kalau berdebat pasal politik ni dalam keluarga. Tapi kita pandang dari sudut yang positif, manusia ini macam-macam pandangan, itu kita kena terima.

Ayah aku pula berkahwin dengan mak aku pada 2 Julai 1977. Aku lahir tahun 1979, lewat dua tahun, haha! Then adik perempuan (Shamrislah) aku lahir pada 24 Jun 1981 dan akhir sekali adik lelaki aku (Abd Hafiz) 19 Disember 1984. Ayah aku pernah berkahwin dua tetapi jodoh dengan mantan isteri keduanya cukup sampai tahun 2000 atau 2001. Dari mantan ibu tiriku, lahirlah arwah Abdul Haziq Aiman (meninggal pada usia 4 tahun, meninggal pada 5 Syawal tahun 1997) dan paling bongsu Amira Qistina (maybe 9 tahun). Aku tak pernah jumpa pun Amira ni, dah mak dia tak kasi jumpa. Pernah jumpa sekali masa dia kecik-kecik, tapi kejap jer. Kalau jumpa tengah jalan pun aku tak kenal. Not our fault ok, mak dia yang nak jauh-jauhkan kami, tapi aku tak kisah, tak penting pun.

Nie lah cerita keluarga aku. Yang menggembirakan ialah kami dapat berkumpul dengan keluarga arwah Pak Long, keluarga Pak Ngah dan keluarga ayah aku....cerita selanjutnya selepas posting ini...

Monday, July 27, 2009

Notis di Pagar Sekolah SMTPJB





SMTPJB di dalam Harian Metro




Saturday, July 25, 2009

5 Orang Sah Positif Virus H1N1

SMS yang diterima dari Puan Lilis (Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) yang diterima dari Mr. Chia Song Choy (Pengetua) menyatakan bahawa lima orang pelajar sekolah ini (SMT Perdagangan) disahkan dijangkiti virus H1N1 daripada 10 sampel yang diambil oleh Jabatan Kesihatan pada Khamis lepas (23/07/2009). Oleh yang demikian, dorm-dorm berikut iaitu Dorm Keembong, Dorm Melati, Dorm Siantan, Dorm Tun Bijasura dan Dorm Mawar serta kelas-kelas berikut iaitu 5KA2, 4PD3, 4PD4, 4PPN3 dan 4KA2 dikehendaki dibersihkan sebelum 30/07/2009 iaitu sebelum semua pelajar kembali ke sekolah.

SMTPJB Ditutup 7 Hari

Ruj.Kami: SMTP/JB/04/02/005/Jld.3/[29]
Tarikh: 23 JULAI 2009

Ibubapa / Penjaga,
Pelajar-pelajar Tingkatan 4 & 5,
SMT Perdagangan,
Johor Bahru

Tuan / Puan,

PEMBERITAHUAN PENUTUPAN SEKOLAH SELAMA 7 HARI
ATAS NASIHAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Dengan hormatnya, perkara tersebut di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan / puan, sekolah akan ditutup selama 7 hari bermula dari 24.07.09 sehingga 30.07.09 atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Semua pelajar dikehendaki balik ke sekolah pada hari Jumaat, 31.07.2009.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
CHIA SONG CHOY
Pengetua
Sekolah Menengah Teknik Perdagangan
Jalan Tun Abdul Razak
80350 Johor Bahru